Monday, February 28, 2011

REMAJA DAN WARISAN

Isu remaja bukan hanya setakat berkait dengan usia sahaja dan kemuncak kekuatan seseorang semata-mata..tetapi ini adalah merangkumi isu yang lebih mantap.. besar..wow..gempak..apakah itu???huhu..

Isu warisan sesuatu ketamadunan…


Golongan remaja merupakan pewaris sesebuah ketamadunan manusia di masa hadapan..Dalam erti kata yang lain, seragam mana sekalipun sesuatu tamadun itu terbina, ia boleh musnah dalam sekelip mata..kenapa???..jika pewaris ketamadunan itu adalah golongan yang bermasalah..Realiti menunjukkan remaja adalah rantai zaman yang paling penting untuk menyambung sesuatu tamadun terus berkembang dan terus maju..
         
Walaupun kita banyak melihat kehidupan remaja masa kini lebih kepada pola negatif, namun terdapat juga remaja yang mengambil berat akan tanggungjawab dirinya, masyarakat dan agama.. Remaja adalah penggerak dan peranan ini tidak boleh dinafikan.. sebabnya remaja tu ibarat ruh baru yang boleh serta mampu membangkitkan semangat dan tenaga terhadap sesebuah sistem kehidupan..

Dalam celah-celah fenomena itu juga, kita dapat saksikan remaja yang menjulang pelbagai prestasi yang bukan sahaja mengharumkan dirinya, keluarganya tetapi juga bangsa dan negara..Remaja yang bergelar mahasiswa juga menyumbangkan kejayaan dalam dan luar negara ..

Begitu juga dalam kesibukan remaja berhibur, kita boleh saksikan ada segelintirnya yang masih taat dan mengamalkan perintah agamanya..ternyata di sudut-sudut masjid kita boleh menemukan remaja yang istiqamah mengerjakan amalan agamanya..tidak semua remaja hari ni positif ke arah yang negatif..Alhamdulillah masih ada lagi yang peduli..Inilah sebenarnya bahagian daripada wana-warni pola kehidupan remaja masa kini..

Bagi remaja yang sudah pun memliki kesedaran untuk berubah dan membawa perubahan dalam lingkungan remaja, maka tidak perlulah menunggu sehingga seluruh masyarakat dan sector-sektornya diperbaiki terlebih dahulu..

 Ingatlah..remaja adalah harapan tamadun masa hadapan..sanggupkah kita meneruskan kecelaruan tamadun untuk masa yang akan datang dan membiarkan keluarga dan zuriat kita hidup dalam kesan ketamadunan tersebut???..fikirkanlah..
            







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...