Tuesday, March 15, 2011

REMAJA OH REMAJA

Zaman ni 1 masa peralihan  sementara daripada kanak2 kepada dewasa..Itulah zaman remaja..Bila kita katakan remaja tentulah ia sinonim dengan belia..dalam lingkungan 12-24 tahun(yang ni  Menurut WHO badan kesihatan PBB)..Tapi bagi ku mungkin lebih daripada 24 tahun..dalam 30 la..zaman remaja nilah adalah zaman yang paling indah..(kenapa????)..di sinilah bermulanya perjalanan hidup sebenar kita..

Disebabkan ku pun seorang remaja , ku pun tertariklah tuk bercerita tentang cabaran pada pertengahan usia remaja ni..(termasuk menjadi peringatan diri)..

Kalau kita lihat secara realitinya, cabaran utama remaja selalu datang dalam bentuk emosi..waktu ni jiwa2 dan hati2 remaja ni akan memberontak..nak itu dan ini..sebab tu boleh jd perkara2 di luar kawalan..


Jaringan internet dan media semakin meluas dan terdedah kepada sesiapa pun..jaringan tanpa sempadan la katakan..huhu..tetapi yang menjadi masalah ialah tabiat remaja yang rapuh dan sifar..akan cepat terjebak  dan terikut terutama dalam gejala sosial negatif yang ada di laman2 internet.. tak percaya???..cuba tanya rakan2 anda berapa banyak laman sosial yang mereka gunakan dalam internet??..tidak salah untuk bersosial..tapi biarlah dengan cara yang betul dan memberi manfaat..                   


Mendepani langit terbuka nilah yang mengakibatkan gejala pergaulan bebas yang banyak..tak kira lelaki dan perempuan bahkan antara pasangan sejenis..Di sinilah pentingnya ilmu agama dipelajari agar tidak menjadi seorang yang jahil dan cetek pengetahuan tentang bahana pergaulan bebas ni..very dangerous one...

Bila dikatan pergaulan bebas yang menjadi2 maka akan adalah masalah seperti kes buang anak..senario utama dunia sekarang..disebabkan penzina terutama dalam kalangan remaja..bukan itu saja..isu lain rempit, dadah, HIV, rogol dan pelacuran..semuanya membabitkan remaja..MENGAPA INI BOLEH BERLAKU???..sedangkan Allah memberikan kita nikmat perkahwinan, tetapi….jalan HARAM  juga yang dipilih..



                        

Sunday, March 13, 2011

ADA APA DENGAN 3S???

Ok..Apa 3S  yang ku maksudkan 2???

3S ialah Screen, Smoke dan Solat..atau dalam bahasa melayu hiburan, merokok dan solat..


3S ni banyak juga mempengaruhi dunia remaja kini..kita mula dengan Screen atau hiburan..Kalau kita lihat hampir 80% rancangan yang da dalam TV berunsurkan hiburan..dan berapa kerat ja rancangan bercirikan agama..hanya sekadar selingan semata-mata..sedih..Filem tau drama yang disiarkan di  TV kebanyakannya akan diselitkan dengan adegan panas yang mencucuk minda remaja..macam mana remaja tak terikut!!!..Aksi-aksi cinta dan ganas seperti disuapkan kepada remaja sebagai makanan ..apatah lagi penonton yang paling banyak meonton TV adalah remaja..

Itulah sebab berlakunya gejala sosial dan samseng..Lebih kurang mempraktikkan pa yang diajar dan lihat..kan remaja ni mempunyai sikap ingin tahu yang banyak..huhu..Bila ku kata rancangan realiti  hiburan mesti remaja kita ni boleh senaraikan..Akademi Fantasia,Malaysian Idol,Mentor semuanya 2  contoh..ku pun tau jgak la..sapa yang tak tahu kan..huhu..Mecari bakat baru antara slogan dorang..bakat baru 2 adalah remaja..tengok masa audition ja pun kita tahu..semuanya remaja..sanggup tunggu giliran pulak 2..erm..hafal lagu dan lirik tapi bila kita minta nyanyi lagu nasyid tak tahu..

Smoke..1 fenomena yang semakin berleluasa..macam edisi siasat jak..huhu..kita tengok lelaki merokok adalah perkara biasa..macho la katakan..tapi bila perempuan yang merokok..apa pandangan anda???...

Berminatkah anda dengan perempuan yang merokok???(soalan bonus 2k lelaki)..haha..Mengikut statistik lingkungan 13-18 tahun umur remaja ni yang paling banyak merokok..muda lagi 2..Jawapan biasa yang remaja bagi bila kita tanya mengapa merokok hilangkan tekanan..da lagi sebab tuk mengurangkan berat badan dan pengaruh kawan..” cubalah rokok ni..bila lagi???..rugi ko tau..sikit pun jadila..x sporting ar ko ni”..di suruh cuba lama2 la ketagih..

Da maklum kan dalam rokok 2 da nirkotin yang membahayakan kesihatan..mereka yang merokok di usia muda ni berkemungkinan akan mati awal..keupayaan paru-paru jug akan terjejas ..tidak berfungsi dengan normal..maka akan berlakulah pengurangan tumbesaran paru-paru 2..da jd doctor pulak ni..huhu..dinasihatkan juga di sini la ya..kepada ibu2 yang mengandung..jangan biarkan anak  yang dalam kandungan 2 merana sebab rokok..

Tepuk dada tanyalah paru-paru..huhu..maksudnya elakkan la merokok ni..jangan pernah terfikir pun untuk mencuba dan jangan terlalu menjaga hati dan ego bila kita disuruh cuba..

Last S is Solat.. Solat adalah tiang agama..jika dikatakan tiang maka tak mengerjakan solat 2 boleh meruntuhkan pa2 yang dibina..Betul atau Tidak???..Solat adalah 1 cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang mungkar..Tetapi remaja kini menaggap solat 2 perkara yang remeh..kita boleh melakukan kerja lain biarpun berjam lamanya..2k mengerjakan solat yang perlukan 5 minit susah betul di buat??..Inilah remaja zaman sekarang..Bukan persalahkan tapi hakikat..Berapa banyak masjid yang dipenuhi oleh remaja ketika masuknya waktu solat???..sendiri tengok sendiri fikir..Imam Ghazali juga da menegaskan bahawa benda yang paling ringan 2k ditinggalkan di dunia ialah solat..”Tunaikan solat InsyaAllah sentiasa beringat”..sekian lu..



Monday, March 7, 2011

CINTA HAKIKI VS CINTA PALSU




Apa itu CINTA??? Begitu sinonom dengan dua perkataan ni.. CINTA MONYET..yang menjadi nadi kehidupan remaja masa kini…
Disebalik perkataan cinta itu, sebenarnya ada maksud yang tersirat tetapi disalah erti oleh kebanyakan masyarakat..Cinta adalah 1 perasaan dan 1 fitrah semulajadi yang wujud dalam hati dan diri setiap manusia..Cinta ni wujud seperti 1 seni yang halus..tidak dapat pun  dielakkan oleh sesiapa pada hakikatnya..
Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan simpati, suka dan duka sesama kita..Cuba korang bayangkan jika dunia ni tidak ada perassan cinta.. penuh dengan permusuhan, pergaduhan dan dikelilingi orang yang mementingkan diri..sudah pasti la dunia yang diciptakan untuk kita mengenal antara 1 sama lain ni  rosak dan binasa serta makna kehidupan ni bagaikan xda ertinya lagi…kosong..
Tetapi bila dikaitkan cinta dan remaja..kebanyakan cinta remaja sekarang ni bertunjangkan hawa nafsu semata-mata..memang perasaan cinta 2 adalah fitrah tetapi fitrah 2 bukanlah dicemari dengan nafsu..sering dipergunakan dan dimainkan oleh perasaan cinta sehinggakan mereka terlalu taksub dan fanatik dengan percintaan tanpa berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu..
Cinta yang bernadikan nafsu semata-mata sebenarnya hanyalah cinta palsu..palsu..palsu..perempuan yang sudah terjebak dengan konsep cinta sebegini pasti akan mengatakan perkara yang sama..jangan terlalu percaya janji dan kata manis seseorang lelaki..bila dah terkena baru nak menyesal..xda maknanya lagi....kita sebagai perempuan terutama mereka yang beragama Islam beringatlah kita da maruah dan hak yang perlu dijaga dengan sebaiknya..
My mother selalu ingatkan lelaki tu bukanlah dikatakan baik kalau dia paksa kita berikan cinta mengikut tuntutan hawa nafsu dan kepalanya saja..rasanya korang semua pun dah maklum..cinta zaman dulu, zaman moyang dan parents kita x sama langsung dengan cinta zaman muda mudi sekarang..give me the sweet smile if say yes..kita janganlah hanya membuta tuli mengikut perasaan yang tidak baik 2..bak kata pepatah berfikir sebelum bertindak jangan disebabkan lelaki 2 kata bertindak mengikut arahan..ala Saiful Apek gitu.. kita memusnahkan hidup sendiri..
Pertembungan antara maksud cinta yang hakiki dan cinta palsu meyebabkan remaja hari ni menghadapi situasi yang kritikal dan dilema perasaan yang berlebihan..semuanya sebab cinta yang mereka agungkan tanpa memahami erti sebenar cinta 2..Ia telah menodai sosial dan mencemari akal serta hati sehinggakan kes membunuh diri dan pembuangan bayi berlambakan dalam akhbar dan media akibat tekanan jiwa dan perasaan yang kronik..
Islam tidak melarang dan memusuhi cinta..sebabnya cirri-ciri Islam 2 saja sudah sesuai sebagai agama yang menepati fitrah manusia..Islam juga memandang tinggi persoalan cinta yang menjiwai naluri setiap insan yang dicitakan di muka bumi ni..




CINTA DALAM ISLAM


Cinta dalam Islam da peringkat keutamaannya yang tersendiri:
1- CINTA KEPADA ALLAH
Firman Allah s.w.t:

“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2- CINTA KEPADA RASULULLAH DAN PARA ANBIYA’
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3- CINTA SESAMA MUKMIN DAN MANUSIA

“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Ingatlah..semakin kita meniti usia ni..bukan semakin muda ya tapi semakin tua..huhu..kita sebagai seorang remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan yang dahsyat ni..walaupun sukar untuk kita lakukan..lebih-lebih lagi bila kita elak, ia semakin dekat dan datang mencengkam..Janganlah kita tewas dan dimalukan oleh hawa nafsu ni..InsyaAllah jika kita mengikut landasan yang digariskan oleh agama Islam..kita kan dapat melawannya dan menangkis godaan ni..Wallahu A’lam…

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.



Thursday, March 3, 2011

KEJAYAAN ITU 1 ANUGERAH

Bagaimana menguruskan kejayaan?
Persoalan ni mungkin kita jarang fikirkan..untuk mencapai sesuatu kejayaan itu sebenarnya memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tertentu..sebabnya kejayaan itu bukannya datang bergolek secara tetiba dan terus ada di hadapan mata..Tetapi..Ramai remaja pada hari ini kurang sedar dan terperangkap dengan perkara ini..Mereka juga belum cukup matang dan dewasa untuk malakukannya sendiri..masih mengharapkan bantuan daripada ibubapa dan orang sekeliling supaya tidak terjerumus ke lembah kehancuran..


Pujian orang bila kita mendapat kejayaan sebenarnya tidak membawa kita ke mana2 sekiranya kita tidak bersyukur kepada Allah..Begitu juga dengan kutukan apabila kita gagal..belum tentu kutukan adalah pemusnah segalanya..kejayaan dan kegagalan adalah anugerah yang diberikan kepada manusia..dan ia bersifat sementara serta berputar dalam roda kehidupan manusia..
                               
Tiada kejayaan dan kegagalan yang kekal..kita selalu terlupa bahawa kejayaan itu mungkin satu rahmat atau adakah ia ujian Allah??..hakikatnya..menghadapi ujian kejayaan sebenarnya lebih susah berbanding ujian kegagalan..sebab mengapa ku katakan begitu???...teruskan bacaan sehingga habis…ok…

Sifat semulajadi dan fitrah manusia bila menghadapi kesusahan..kita akan bersungguh2 mencari pertolongan Allah..kita berdoa dan berdoa meminta padaNya sepanjang masa..berdiri, duduk, berjalan malah semasa kita baring..Tetapi bila mana kita mendapat kejayaan..syukur kita hanya seketika malah kita memberikan waktu2 yang lebih itu kepada syaitan untuk menyelubungi perasaan dengan riak dan takabbur tanpa kita sedari..apabila leka dibuai dengan sifat riak, syaitan akan terus menokok tambah agar kita terjerumus ke lembah kesesatan..

Remaja yang tidak mendapat bimbingan akan tersasar dan berdepan dengan kehancuran..mereka gagal berkomunikasi dengan orang lain..Yang lebih buruk lagi apabila gagal berkomunikasi dengan Allah..Mereka tidak tahu bagaimana untuk mensyukuri nikmat kejayaan dengan sebaiknya..Sekiranya sifat itu dibawa sehingga dewasa maka apabila menjadi ketua, mereka kan menjadi ketua yang tidak berhati perut..Bila jadi parents, mereka jadi kaku dengan anak2..semuanya kerana mereka gagal merasa perasaan dan degupan jantung orang lain..

Ni adalah beberapa tips yang boleh dilakukan sewaktu kita mendapat sesuatu kejayaan..selamat beramal..

Sewaktu berjaya cuba pastikan:
1.       Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa semua itu adalah milik Allah yang boleh ditarik balik pada bila2 masa?
2.      Sudahkah kita melakukan kesyukuran yang sempurna pada Allah?
3.      Sudahkah kita berterima kasih kepada mereka yang membantu kita, terutama ibubapa dengan cara mendoakan mereka?
4.      Sudahkah kita menutup pintu2 riak?
5.      Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa disebalik setiap kejyaan itu ada amanah yang perlu dilaksanakan?
6.      Sudahkah kita merendahkan hati agar semua orang merasa selesa untuk menasihati kita?
7.       Sudahkah kita cuba membantu orang lain pula untuk berjaya?
8.      Sudahkah kita bertindak untuk meningkatkan ibadah padaNya?
9.      Sudahkah kita sedia untuk diuji dengan kegagalan pula selepas ini?

Kalau sudah….. bermakna anda sudah bersedia untuk kejayaan demi kejyaan.






Tuesday, March 1, 2011

KEKELIRUAN UMUM REMAJA


Dari satu sudut, peringkat remaja merupakan peringkat kemuncak..tetapi pada masa yang sama manusia akan mengalami banyak kekeliruan berpuca dari kecetekan ilmu dan pengalaman dalam mengajar erti kehidupan..Hasilnya ramai dalam kalangan remaja yang confuse terhadap persepsi kehidupan..


Antara kekeliruan yang ku boleh sebut sini adalah gaya pemikiran sebahagian remaja yang mengatakan “zaman remaja lah kita perlu enjoy”!..Falsafah yang sering kita dengar di bibir2 remaja ni..Akan tetapi natijah kata2 ni lah yang menyebabkan remaja mengiklankan dan mempopularkan produk “enjoy” mereka..contohnya golongan grunge, gothic, punk dan black metal..mesti semua pun pernah dengar golongan2 ni..dengan cara pemakaian dan penampilan mereka yang menjadi ikutan majoriti anak2 remaja..

Kalau diikutkan, corak dan budaya sosial 2 semua sebenarnya diimport semata2 dari barat atas nama kemodenan..yang pada hakikatnya tidak pernah membawa enjoy pun.. buktinya..ni berdasarkan yang ku nampak..corak kehidupan begitu kalau kita lihat amatlah serabut dan menakutkan..then, ada yang sampai membunuh diri,tidak tentu hala, kadang ada yang gila menggambarkan corak kehidupan sebegitu tidak membawa keenjoyan pun untuk jangka masa yang lama..  
           
Hidup dengan membudayakan budaya-budaya tersebut sebenarnya tidak dapat memenuhi kelazatan dan ketenangan jiwa, walaupun pada zahirnya boleh menunjukkan warna-warna keceriaan, tetapi hakikat yang tersembunyi di sebalik jiwa-jiwa kemanusiaan mereka, tetap penuh dengan kecelaruan, ketakutan, keresahan, kepalsuan, tipu daya dan pelbagai lagi penyakit.

Sebahagian golongan remaja Islam yang meninggalkan hukum-hakam Islam semata-mata ingin mencapai kepuasan nafsu yang hanya menjauhkannya dari realiti kehidupan,  kadang-kala teringin untuk bertaubat dan berubah, namun mengambil sikap melengah-lengahkan usaha untuk berubah, dengan alasan: “hidup muda hanya sekali. Masa inilah mahu enjoy. Dah tua nanti, bolehlah bertaubat”.

Jawapan terhadap kekeliruan ini ialah: “amboi..tidak ingat Tuhan!” Bukanlah seseorang remaja itu yang menentukan kematian dirinya, kerana kematian berada di bawah kekuasaan mutlak Allah s.w.t..Jadi, sebelum anda menangis dan menyesal dengan penyesalan yang sia-sia, lebih baiklah menyesal sewaktu usia masih lagi berbaki ini, dan jangan melengah-lengahkan proses perubahan diri dan taubat.

Enjoy, ketenangan jiwa, kebahagiaan dan kelazatan hidup memang suatu keperluan bagi seseorang remaja. Tetapi, kesemuanya hanya ada di dalam agama, dan hanya dengan membudayakan ajaran agama Islam dalam kehidupanlah, yang akan menyemai kebahagiaan di jiwa. Janganlah tipu diri sendiri. Ramai yang berseronok dan berhibur sehingga mengabaikan suruhan Allah s.w.t. seperti bersolat, menutup aurat dan sebagainya, sebenarnya tidak sedikitpun bahagia.

Semua ini kalau cuba dinafikan, hanyalah semata-mata tindakan jahil, sombong dan menipu diri sendiri. Kalau sudah tidak mahukan Tuhan dan tidak mahu untuk kembali kepada-Nya, maka sendiri tanggunglah. Apa yang penting, tiada siapa yang akan menyesal melainkan diri sendiri, hasil kedegilan diri sendiri.

Kalaulah hati seseorang remaja terpanggil untuk menginsafi diri, setelah disingkapkan sedikit mengenai kekeliruan tersebut, maka sudah tentu dia ingin mengetahui apakah realiti dari setiap kewujudan? Apakah makna kehidupan kita di dunia? Di manakah tersembunyinya kebahagiaan yang abadi dan bagaimanakah untuk mencapainya?

 Jadi, dalam amalan membudayakan agamalah, tersimpannya kebahagiaan hakiki, yang tidak didapati oleh selain daripada golongan yang mengamalkan agama dalam kehidupan mereka. Golongan yang mengamalkan agama dalam kehidupan mereka turut bersimpati dengan golongan yang sibuk dan hanyut dalam hidonisme dan hiburan yang melampau, denganpunk, hip-hop, grunge, hippies, rock, mat rempit dan sebagainya, kerana walaupun golongan-golongan tersebut sibuk dengan falsafah hidup mereka yang mencari enjoy, tetapi pada hakikatnya, enjoy hakiki bukanlah ada pada mereka, tetapi hanya ada pada mereka yang membudayakan kehidupan yang beragama sahaja.

Bak kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Apa yang dicari tidak dapat, dan apa yang ditolak itulah sebenarnya mengandungi apa yang dicari. Nak tipu diri sendiri lagi, silakanlah, kerana bukan Tipah yang tertipu, atau sesiapapun, melainkan diri kita sendiri

Apabila seseorang remaja memahami realiti ini, maka pasti terdetik di hatinya untuk berubah dan mencapai kebahagiaan yang hakiki dengan membaiki hubungannya dengan Allah s.w.t.. Hanya sebuah kehidupan beridentitikan agama sahajalah, yang dapat membaiki hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. dan seterusnya mendapat nikmat kebahagiaan dari-Nya.


Monday, February 28, 2011

REMAJA DAN WARISAN

Isu remaja bukan hanya setakat berkait dengan usia sahaja dan kemuncak kekuatan seseorang semata-mata..tetapi ini adalah merangkumi isu yang lebih mantap.. besar..wow..gempak..apakah itu???huhu..

Isu warisan sesuatu ketamadunan…


Golongan remaja merupakan pewaris sesebuah ketamadunan manusia di masa hadapan..Dalam erti kata yang lain, seragam mana sekalipun sesuatu tamadun itu terbina, ia boleh musnah dalam sekelip mata..kenapa???..jika pewaris ketamadunan itu adalah golongan yang bermasalah..Realiti menunjukkan remaja adalah rantai zaman yang paling penting untuk menyambung sesuatu tamadun terus berkembang dan terus maju..
         
Walaupun kita banyak melihat kehidupan remaja masa kini lebih kepada pola negatif, namun terdapat juga remaja yang mengambil berat akan tanggungjawab dirinya, masyarakat dan agama.. Remaja adalah penggerak dan peranan ini tidak boleh dinafikan.. sebabnya remaja tu ibarat ruh baru yang boleh serta mampu membangkitkan semangat dan tenaga terhadap sesebuah sistem kehidupan..

Dalam celah-celah fenomena itu juga, kita dapat saksikan remaja yang menjulang pelbagai prestasi yang bukan sahaja mengharumkan dirinya, keluarganya tetapi juga bangsa dan negara..Remaja yang bergelar mahasiswa juga menyumbangkan kejayaan dalam dan luar negara ..

Begitu juga dalam kesibukan remaja berhibur, kita boleh saksikan ada segelintirnya yang masih taat dan mengamalkan perintah agamanya..ternyata di sudut-sudut masjid kita boleh menemukan remaja yang istiqamah mengerjakan amalan agamanya..tidak semua remaja hari ni positif ke arah yang negatif..Alhamdulillah masih ada lagi yang peduli..Inilah sebenarnya bahagian daripada wana-warni pola kehidupan remaja masa kini..

Bagi remaja yang sudah pun memliki kesedaran untuk berubah dan membawa perubahan dalam lingkungan remaja, maka tidak perlulah menunggu sehingga seluruh masyarakat dan sector-sektornya diperbaiki terlebih dahulu..

 Ingatlah..remaja adalah harapan tamadun masa hadapan..sanggupkah kita meneruskan kecelaruan tamadun untuk masa yang akan datang dan membiarkan keluarga dan zuriat kita hidup dalam kesan ketamadunan tersebut???..fikirkanlah..
            







Sunday, February 27, 2011

PERINTIS TAMADUN




Adakah kita impikan sebuah masyarakat di masa hadapan yang lebih parah berbanding dengan masyarakat hari ni yang kita Nampak dah kritikal??..Adakah golongan remaja hari ini, yang sibuk dengan urusan keseronokan peribadi lebih dikenali dengan kehidupan yang “enjoy”, tidak pernah terfikir sejenak, tentang hala-tuju masyarakatnya masa hadapan? Adakah mereka yang turut merasakan sedikit tertekan dengan kekacauan dalam masyarakat, khsusnya yang ditimbulkan oleh golongan remaja juga, mengimpikan anak-anak mereka di generasi yang mendatang, hidup dalam kekacauan yang lebih parah?

Katakan tidak!!! Macam kita katakan tak nak merokok 2..Remaja peristis tamadun..Golongan remajalah sebenarnya yang patut sensitif dan pro-aktif dalam masalah remaja yang  berlaku di sekitar mereka, kerana golongan remaja di sekitar mereka juga yang bakal menjadi masyarakat di sekitar mereka di masa hadapan.

Kalaulah setiap remaja melihat ke dalam fitrah diri, mereka akan mendapati bahawa, kekuatan mereka sebenarnya mampu membentuk suatu persekitaran remaja yang tersendiri dan mempunyai kekuatan identiti yang tersendiri.

Andai remaja wanita melihat dengan mendalam..menerokai hati kewanitaan dorang..definitely dorang akan mendapati bahawa jiwa keibuan sebenarnya mat dominan dengan dorang..Kunci sifat keibuan yang akan dapat kita lihat ialah sifat keprihatinan..kelurkan sifat tu..jika wanita2 ni tonjolkan sifat yang tersembunyi itu..sifat itu akan menjadikannya seorang gadis yang baik dan solehah, demi untuk melahirkan generasi masa hadapan yang baik, untuk menjadi rumah terbaik bagi bakal anak-anak mereka. Dengan semangat “keprihatinan” inilah juga, seseorang gadis mampu mengubah corak kehidupan yang diwarnai dengan penuh noda-noda hitam (maksiat) dengan corak-corak pelangi yang indah dengan membudayakan kehidupan bergama.

Begitu juga dengan pemuda..lihat sedalam-dalamnya..pasti dapat mengetuk fitrah kelelakian dorang yakni sifat bertanggungjawab..tanggungjawab amat berkait dengan kepimpinan..sebabnya sifat bertanggungjawab adalah 1 sifat yang efektif dan dari sifat itulah wujud sifat kepimpinan yang lain..adanya sifat ini..dorang akan merasakan perlunya perubahan diri dari negatif to positif..dan juga merupakan simbol kematangan seseorang lelaki..

Gabungan sifat “keprihatinan” dan “bertanggungjawab” akan melahirkan suatu gelombang..bukan gelombang tsunami..tapi gelombang “reformasi” sosial yang membawa kuasa arus perubahan yang tinggi..Jika remaja mampu merenungi dan menginsafi diri dan beranggapan bahawa remaja bukanlah suatu kewujudan yang kecil dalam sesebuah masyarakat bahkan doranglah kewujudan yang besar maknanya dalam sesebuah masyarakat..maka golongan ini akan sanggup melawan gelora nafsu, menjauhi segala yang dilarang, mematuhi seluruh ajaran Islam dengan sedaya-upaya dan megutamakan maslahat umum yang lebih besar..InsyaAllah

Remaja yang baik akan menghasilkan tamadun yang baik..Bangkitlah berjuang wahai remaja..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...