Bagaimana menguruskan kejayaan?
Persoalan
ni mungkin kita jarang fikirkan..untuk mencapai sesuatu kejayaan itu sebenarnya
memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tertentu..sebabnya kejayaan itu
bukannya datang bergolek secara tetiba dan terus ada di hadapan mata..Tetapi..Ramai
remaja pada hari ini kurang sedar dan terperangkap dengan perkara ini..Mereka
juga belum cukup matang dan dewasa untuk malakukannya sendiri..masih
mengharapkan bantuan daripada ibubapa dan orang sekeliling supaya tidak
terjerumus ke lembah kehancuran..
Pujian
orang bila kita mendapat kejayaan sebenarnya tidak membawa kita ke mana2
sekiranya kita tidak bersyukur kepada Allah..Begitu juga dengan kutukan apabila
kita gagal..belum tentu kutukan adalah pemusnah segalanya..kejayaan dan
kegagalan adalah anugerah yang diberikan kepada manusia..dan ia bersifat
sementara serta berputar dalam roda kehidupan manusia..
Tiada
kejayaan dan kegagalan yang kekal..kita selalu terlupa bahawa kejayaan itu
mungkin satu rahmat atau adakah ia ujian Allah??..hakikatnya..menghadapi ujian
kejayaan sebenarnya lebih susah berbanding ujian kegagalan..sebab mengapa ku
katakan begitu???...teruskan bacaan sehingga habis…ok…
Sifat
semulajadi dan fitrah manusia bila menghadapi kesusahan..kita akan bersungguh2
mencari pertolongan Allah..kita berdoa dan berdoa meminta padaNya sepanjang
masa..berdiri, duduk, berjalan malah semasa kita baring..Tetapi bila mana kita
mendapat kejayaan..syukur kita hanya seketika malah kita memberikan waktu2 yang
lebih itu kepada syaitan untuk menyelubungi perasaan dengan riak dan takabbur
tanpa kita sedari..apabila leka dibuai dengan sifat riak, syaitan akan terus
menokok tambah agar kita terjerumus ke lembah kesesatan..
Remaja
yang tidak mendapat bimbingan akan tersasar dan berdepan dengan
kehancuran..mereka gagal berkomunikasi dengan orang lain..Yang lebih buruk lagi
apabila gagal berkomunikasi dengan Allah..Mereka tidak tahu bagaimana untuk
mensyukuri nikmat kejayaan dengan sebaiknya..Sekiranya sifat itu dibawa
sehingga dewasa maka apabila menjadi ketua, mereka kan menjadi ketua yang tidak
berhati perut..Bila jadi parents, mereka jadi kaku dengan anak2..semuanya
kerana mereka gagal merasa perasaan dan degupan jantung orang lain..
Ni
adalah beberapa tips yang boleh dilakukan sewaktu kita mendapat sesuatu
kejayaan..selamat beramal..
Sewaktu berjaya cuba pastikan:
1. Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa semua
itu adalah milik Allah yang boleh ditarik balik pada bila2 masa?
2. Sudahkah kita melakukan kesyukuran yang sempurna
pada Allah?
3. Sudahkah kita berterima kasih kepada mereka
yang membantu kita, terutama ibubapa dengan cara mendoakan mereka?
4. Sudahkah kita menutup pintu2 riak?
5. Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa
disebalik setiap kejyaan itu ada amanah yang perlu dilaksanakan?
6. Sudahkah kita merendahkan hati agar semua
orang merasa selesa untuk menasihati kita?
7. Sudahkah kita cuba membantu orang lain pula
untuk berjaya?
8. Sudahkah kita bertindak untuk meningkatkan
ibadah padaNya?
9. Sudahkah kita sedia untuk diuji dengan kegagalan
pula selepas ini?
Kalau sudah….. bermakna anda sudah bersedia
untuk kejayaan demi kejyaan.
No comments:
Post a Comment