Sunday, February 27, 2011

PERINTIS TAMADUN




Adakah kita impikan sebuah masyarakat di masa hadapan yang lebih parah berbanding dengan masyarakat hari ni yang kita Nampak dah kritikal??..Adakah golongan remaja hari ini, yang sibuk dengan urusan keseronokan peribadi lebih dikenali dengan kehidupan yang “enjoy”, tidak pernah terfikir sejenak, tentang hala-tuju masyarakatnya masa hadapan? Adakah mereka yang turut merasakan sedikit tertekan dengan kekacauan dalam masyarakat, khsusnya yang ditimbulkan oleh golongan remaja juga, mengimpikan anak-anak mereka di generasi yang mendatang, hidup dalam kekacauan yang lebih parah?

Katakan tidak!!! Macam kita katakan tak nak merokok 2..Remaja peristis tamadun..Golongan remajalah sebenarnya yang patut sensitif dan pro-aktif dalam masalah remaja yang  berlaku di sekitar mereka, kerana golongan remaja di sekitar mereka juga yang bakal menjadi masyarakat di sekitar mereka di masa hadapan.

Kalaulah setiap remaja melihat ke dalam fitrah diri, mereka akan mendapati bahawa, kekuatan mereka sebenarnya mampu membentuk suatu persekitaran remaja yang tersendiri dan mempunyai kekuatan identiti yang tersendiri.

Andai remaja wanita melihat dengan mendalam..menerokai hati kewanitaan dorang..definitely dorang akan mendapati bahawa jiwa keibuan sebenarnya mat dominan dengan dorang..Kunci sifat keibuan yang akan dapat kita lihat ialah sifat keprihatinan..kelurkan sifat tu..jika wanita2 ni tonjolkan sifat yang tersembunyi itu..sifat itu akan menjadikannya seorang gadis yang baik dan solehah, demi untuk melahirkan generasi masa hadapan yang baik, untuk menjadi rumah terbaik bagi bakal anak-anak mereka. Dengan semangat “keprihatinan” inilah juga, seseorang gadis mampu mengubah corak kehidupan yang diwarnai dengan penuh noda-noda hitam (maksiat) dengan corak-corak pelangi yang indah dengan membudayakan kehidupan bergama.

Begitu juga dengan pemuda..lihat sedalam-dalamnya..pasti dapat mengetuk fitrah kelelakian dorang yakni sifat bertanggungjawab..tanggungjawab amat berkait dengan kepimpinan..sebabnya sifat bertanggungjawab adalah 1 sifat yang efektif dan dari sifat itulah wujud sifat kepimpinan yang lain..adanya sifat ini..dorang akan merasakan perlunya perubahan diri dari negatif to positif..dan juga merupakan simbol kematangan seseorang lelaki..

Gabungan sifat “keprihatinan” dan “bertanggungjawab” akan melahirkan suatu gelombang..bukan gelombang tsunami..tapi gelombang “reformasi” sosial yang membawa kuasa arus perubahan yang tinggi..Jika remaja mampu merenungi dan menginsafi diri dan beranggapan bahawa remaja bukanlah suatu kewujudan yang kecil dalam sesebuah masyarakat bahkan doranglah kewujudan yang besar maknanya dalam sesebuah masyarakat..maka golongan ini akan sanggup melawan gelora nafsu, menjauhi segala yang dilarang, mematuhi seluruh ajaran Islam dengan sedaya-upaya dan megutamakan maslahat umum yang lebih besar..InsyaAllah

Remaja yang baik akan menghasilkan tamadun yang baik..Bangkitlah berjuang wahai remaja..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...