Tuesday, March 1, 2011

KEKELIRUAN UMUM REMAJA


Dari satu sudut, peringkat remaja merupakan peringkat kemuncak..tetapi pada masa yang sama manusia akan mengalami banyak kekeliruan berpuca dari kecetekan ilmu dan pengalaman dalam mengajar erti kehidupan..Hasilnya ramai dalam kalangan remaja yang confuse terhadap persepsi kehidupan..


Antara kekeliruan yang ku boleh sebut sini adalah gaya pemikiran sebahagian remaja yang mengatakan “zaman remaja lah kita perlu enjoy”!..Falsafah yang sering kita dengar di bibir2 remaja ni..Akan tetapi natijah kata2 ni lah yang menyebabkan remaja mengiklankan dan mempopularkan produk “enjoy” mereka..contohnya golongan grunge, gothic, punk dan black metal..mesti semua pun pernah dengar golongan2 ni..dengan cara pemakaian dan penampilan mereka yang menjadi ikutan majoriti anak2 remaja..

Kalau diikutkan, corak dan budaya sosial 2 semua sebenarnya diimport semata2 dari barat atas nama kemodenan..yang pada hakikatnya tidak pernah membawa enjoy pun.. buktinya..ni berdasarkan yang ku nampak..corak kehidupan begitu kalau kita lihat amatlah serabut dan menakutkan..then, ada yang sampai membunuh diri,tidak tentu hala, kadang ada yang gila menggambarkan corak kehidupan sebegitu tidak membawa keenjoyan pun untuk jangka masa yang lama..  
           
Hidup dengan membudayakan budaya-budaya tersebut sebenarnya tidak dapat memenuhi kelazatan dan ketenangan jiwa, walaupun pada zahirnya boleh menunjukkan warna-warna keceriaan, tetapi hakikat yang tersembunyi di sebalik jiwa-jiwa kemanusiaan mereka, tetap penuh dengan kecelaruan, ketakutan, keresahan, kepalsuan, tipu daya dan pelbagai lagi penyakit.

Sebahagian golongan remaja Islam yang meninggalkan hukum-hakam Islam semata-mata ingin mencapai kepuasan nafsu yang hanya menjauhkannya dari realiti kehidupan,  kadang-kala teringin untuk bertaubat dan berubah, namun mengambil sikap melengah-lengahkan usaha untuk berubah, dengan alasan: “hidup muda hanya sekali. Masa inilah mahu enjoy. Dah tua nanti, bolehlah bertaubat”.

Jawapan terhadap kekeliruan ini ialah: “amboi..tidak ingat Tuhan!” Bukanlah seseorang remaja itu yang menentukan kematian dirinya, kerana kematian berada di bawah kekuasaan mutlak Allah s.w.t..Jadi, sebelum anda menangis dan menyesal dengan penyesalan yang sia-sia, lebih baiklah menyesal sewaktu usia masih lagi berbaki ini, dan jangan melengah-lengahkan proses perubahan diri dan taubat.

Enjoy, ketenangan jiwa, kebahagiaan dan kelazatan hidup memang suatu keperluan bagi seseorang remaja. Tetapi, kesemuanya hanya ada di dalam agama, dan hanya dengan membudayakan ajaran agama Islam dalam kehidupanlah, yang akan menyemai kebahagiaan di jiwa. Janganlah tipu diri sendiri. Ramai yang berseronok dan berhibur sehingga mengabaikan suruhan Allah s.w.t. seperti bersolat, menutup aurat dan sebagainya, sebenarnya tidak sedikitpun bahagia.

Semua ini kalau cuba dinafikan, hanyalah semata-mata tindakan jahil, sombong dan menipu diri sendiri. Kalau sudah tidak mahukan Tuhan dan tidak mahu untuk kembali kepada-Nya, maka sendiri tanggunglah. Apa yang penting, tiada siapa yang akan menyesal melainkan diri sendiri, hasil kedegilan diri sendiri.

Kalaulah hati seseorang remaja terpanggil untuk menginsafi diri, setelah disingkapkan sedikit mengenai kekeliruan tersebut, maka sudah tentu dia ingin mengetahui apakah realiti dari setiap kewujudan? Apakah makna kehidupan kita di dunia? Di manakah tersembunyinya kebahagiaan yang abadi dan bagaimanakah untuk mencapainya?

 Jadi, dalam amalan membudayakan agamalah, tersimpannya kebahagiaan hakiki, yang tidak didapati oleh selain daripada golongan yang mengamalkan agama dalam kehidupan mereka. Golongan yang mengamalkan agama dalam kehidupan mereka turut bersimpati dengan golongan yang sibuk dan hanyut dalam hidonisme dan hiburan yang melampau, denganpunk, hip-hop, grunge, hippies, rock, mat rempit dan sebagainya, kerana walaupun golongan-golongan tersebut sibuk dengan falsafah hidup mereka yang mencari enjoy, tetapi pada hakikatnya, enjoy hakiki bukanlah ada pada mereka, tetapi hanya ada pada mereka yang membudayakan kehidupan yang beragama sahaja.

Bak kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Apa yang dicari tidak dapat, dan apa yang ditolak itulah sebenarnya mengandungi apa yang dicari. Nak tipu diri sendiri lagi, silakanlah, kerana bukan Tipah yang tertipu, atau sesiapapun, melainkan diri kita sendiri

Apabila seseorang remaja memahami realiti ini, maka pasti terdetik di hatinya untuk berubah dan mencapai kebahagiaan yang hakiki dengan membaiki hubungannya dengan Allah s.w.t.. Hanya sebuah kehidupan beridentitikan agama sahajalah, yang dapat membaiki hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. dan seterusnya mendapat nikmat kebahagiaan dari-Nya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...