Dari satu sudut, peringkat remaja merupakan peringkat
kemuncak..tetapi pada masa yang sama manusia akan mengalami banyak kekeliruan
berpuca dari kecetekan ilmu dan pengalaman dalam mengajar erti
kehidupan..Hasilnya ramai dalam kalangan remaja yang confuse terhadap persepsi
kehidupan..
Antara kekeliruan yang ku boleh sebut sini adalah gaya
pemikiran sebahagian remaja yang mengatakan “zaman remaja lah kita perlu
enjoy”!..Falsafah yang sering kita dengar di bibir2 remaja ni..Akan tetapi
natijah kata2 ni lah yang menyebabkan remaja mengiklankan dan mempopularkan
produk “enjoy” mereka..contohnya golongan grunge, gothic, punk dan black
metal..mesti semua pun pernah dengar golongan2 ni..dengan cara pemakaian dan
penampilan mereka yang menjadi ikutan majoriti anak2 remaja..
Kalau diikutkan, corak dan budaya sosial 2 semua sebenarnya
diimport semata2 dari barat atas nama kemodenan..yang pada hakikatnya tidak
pernah membawa enjoy pun.. buktinya..ni berdasarkan yang ku nampak..corak
kehidupan begitu kalau kita lihat amatlah serabut dan menakutkan..then, ada
yang sampai membunuh diri,tidak tentu hala, kadang ada yang gila menggambarkan
corak kehidupan sebegitu tidak membawa keenjoyan pun untuk jangka masa yang
lama..
Hidup dengan membudayakan budaya-budaya tersebut
sebenarnya tidak dapat memenuhi kelazatan dan ketenangan jiwa, walaupun pada
zahirnya boleh menunjukkan warna-warna keceriaan, tetapi hakikat yang
tersembunyi di sebalik jiwa-jiwa kemanusiaan mereka, tetap penuh dengan
kecelaruan, ketakutan, keresahan, kepalsuan, tipu daya dan pelbagai lagi
penyakit.
Sebahagian golongan remaja Islam yang meninggalkan
hukum-hakam Islam semata-mata ingin mencapai kepuasan nafsu yang hanya
menjauhkannya dari realiti kehidupan, kadang-kala teringin untuk
bertaubat dan berubah, namun mengambil sikap melengah-lengahkan usaha untuk berubah,
dengan alasan: “hidup muda hanya sekali. Masa inilah mahu enjoy.
Dah tua nanti, bolehlah bertaubat”.
Jawapan terhadap kekeliruan ini ialah: “amboi..tidak
ingat Tuhan!” Bukanlah seseorang remaja itu yang menentukan kematian
dirinya, kerana kematian berada di bawah kekuasaan mutlak Allah s.w.t..Jadi,
sebelum anda menangis dan menyesal dengan penyesalan yang sia-sia, lebih
baiklah menyesal sewaktu usia masih lagi berbaki ini, dan jangan
melengah-lengahkan proses perubahan diri dan taubat.
Enjoy, ketenangan jiwa, kebahagiaan dan
kelazatan hidup memang suatu keperluan bagi seseorang remaja. Tetapi,
kesemuanya hanya ada di dalam agama, dan hanya dengan membudayakan ajaran agama
Islam dalam kehidupanlah, yang akan menyemai kebahagiaan di jiwa. Janganlah
tipu diri sendiri. Ramai yang berseronok dan berhibur sehingga mengabaikan
suruhan Allah s.w.t. seperti bersolat, menutup aurat dan sebagainya, sebenarnya
tidak sedikitpun bahagia.
Semua
ini kalau cuba dinafikan, hanyalah semata-mata tindakan jahil,
sombong dan menipu diri sendiri. Kalau sudah tidak mahukan Tuhan dan tidak mahu
untuk kembali kepada-Nya, maka sendiri tanggunglah. Apa yang
penting, tiada siapa yang akan menyesal melainkan diri sendiri, hasil kedegilan
diri sendiri.
Kalaulah hati seseorang remaja terpanggil untuk
menginsafi diri, setelah disingkapkan sedikit mengenai kekeliruan tersebut,
maka sudah tentu dia ingin mengetahui apakah realiti dari setiap kewujudan?
Apakah makna kehidupan kita di dunia? Di manakah tersembunyinya kebahagiaan
yang abadi dan bagaimanakah untuk mencapainya?
Jadi, dalam amalan membudayakan agamalah,
tersimpannya kebahagiaan hakiki, yang tidak didapati oleh selain daripada
golongan yang mengamalkan agama dalam kehidupan mereka. Golongan yang
mengamalkan agama dalam kehidupan mereka turut bersimpati dengan golongan yang
sibuk dan hanyut dalam hidonisme dan hiburan yang melampau, denganpunk,
hip-hop, grunge, hippies, rock, mat rempit dan sebagainya, kerana
walaupun golongan-golongan tersebut sibuk dengan falsafah hidup mereka yang
mencari enjoy, tetapi pada hakikatnya, enjoy hakiki
bukanlah ada pada mereka, tetapi hanya ada pada mereka yang membudayakan
kehidupan yang beragama sahaja.
Bak
kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Apa yang dicari tidak dapat, dan apa
yang ditolak itulah sebenarnya mengandungi apa yang dicari. Nak tipu diri
sendiri lagi, silakanlah, kerana bukan Tipah yang tertipu, atau sesiapapun,
melainkan diri kita sendiri
Apabila
seseorang remaja memahami realiti ini, maka pasti terdetik di hatinya untuk
berubah dan mencapai kebahagiaan yang hakiki dengan membaiki hubungannya dengan
Allah s.w.t.. Hanya sebuah kehidupan beridentitikan agama sahajalah, yang dapat
membaiki hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. dan seterusnya mendapat nikmat
kebahagiaan dari-Nya.